LELONG BALAK
Untuk makluman lanjut mengenai lelong balak, sila hubungi: Andurus.Abi@sabah.gov.my
atau
ShianShian.Chiu@sabah.gov.my
Sebagai
langkah untuk menambahbaikan perlaksanaan ekonomi Pengurusan Hutan Berkekalan (SFM)
di Sabah, Jabatan Perhutanan telah memulakan lelongan balak yang dituai dengan
kaedah penuaian mesra alam pada Disember 1995. Setakat Ogos 2008, sebanyak
63 lelongan telah dijalankan.
Pada
lelongan awal sebelum 1998, balak-balak dijual sekaligus iaitu, tanpa
pengasingan mengikut spesis, kumpulan spesis atau aspek penggunaannya. Ini
telah menghalang minat pembeli balak terutama sekali yang
datang dari luar negara yang merupakan pelanggan utama balak bersijil. Ini
disebabkan balak-balak dijual tanpa pengasingan dan pelanggan yang berpotensi
terpaksa menanggung amaun yang banyak balak-balak yang tidak diingininya.
Tambahan pula, usaha untuk memasarkan balak yang dikeluarkan daripada
hutan yang telah disijilkan kurang agresif.
Keputusan
yang kurang memuaskan ini mendorong Jabatan untuk mengasingkan balak-balak dan
melelongkannya mengikut lot dan spesis bermula pada tahun 1998. Langkah
ini membolehkan pembeli membuat tawaran hanya pada balak yang mereka inginkan
dan pada harga yang tinggi. Pada Januari 2001, lot balak jenis Selangan
Batu (Shorea sp.) telah mencatat rekod jualan dengan harga RM1, 350 per m3.
Jumlah
keluaran balak sejak 1995