Auction Date for Deramakot FSC Logs:
NOT AVAILABLE YET

Interested bidders/buyers of Certified Logs, see our 
SALES OF LOGS web page.
 

 SABAH FORESTRY DEPARTMENT

English | Malay   

 

Pengenalan
Lelong Balak
Rehabilitasi
Silvikultur
Penuaian
Penerbitan
Personnel

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB DERAMAKOT

Hutan Simpan Deramakot , hutan terurus dan bersijil
Hutan Simpan
Deramakot merupakan Hutan Hujan Tropika yang pertama di Asia Tenggara diurus selaras dengan prinsip-prinsip hutan berkekalan.  Pengauditan luar Projek Pengurusan Hutan Berkekalan Deramakot dilakukan oleh SGS-Perhutanan Malaysia dan disijilkan pada tahun 1997 setelah menepati keperluan Malaysian Criteria & Indicators (MC&I)  dan Forestry Stewardship Council's (FSC) Piawai untuk Pengurusan Hutan Berkekalan.  Lihat sijil SGS-Forestry & FSC.

Latarbelakang
Bagi mengatasi masalah kekurangan sumber balak, pada tahun 1989, Jabatan Perhutanan Sabah dengan bantuan teknikal German Agency for Technical Cooperation (GTZ), Jerman, telah menghasilkan satu sistem pengurusan hutan lestari bagi menjamin pengeluaran sumber balak dari kawasan-kawasan hutan yang telah dikerja balak akan berkekalan.   Sistem ini memerlukan pelaburan yang tinggi dari segi perancangan, infrastruktur, alat penuaian mesra alam dan latihan pengawas, pengurus dan pekerja hutan mengenai teknik-teknik baru.

Matlamat utama adalah untuk mengujudkan dan mengaplikasikan pengurusan hutan CANOPY.jpg (85269 bytes)yang diterima pakai dari segi ekologi dan saintifik,  kesemua hutan simpan komersial di Sabah yang telah dikerja balak.  Ini bertujuan untuk mengurus hutan simpan komersial dengan cara meniru akan proses-proses semulajadi untuk pengeluaran produk balak berisipadu rendah tetapi berkualiti dan berharga yang tinggi.  Pengkekalan didefinisikan  dengan istilah keseimbangan kitaran nutrien, struktur hutan, kepelbagaian biologi, fungsi hutan dan keperluan sosio ekonomi.

Hutan Simpan Deramakot dipilih sebagai tapak untuk model Pengurusan Hutan Berkekalan (SFM). (lihat kertas seminar mengenai SFM disini)

Mengapa Deramakot?
Hutan Simpan Deramakot adalah Hutan Campuran Dipterokarp yang berkeluasan 55, 083 hektar.  Hutan tersebut telah dikerja balak sekali dan dirawat (potong pepanjat dan gelang racun) sebelum mulanya SFM.   Amalan pengurusan hutan yang lalu telah menghasilkan berbagai jenis dirian dengan keadaan stok berbeza-beza dan berkelompok.  Hanya 20% kawasan hutan simpan Deramakot adalah baik dan 30% diliputi hutan miskin.   Hutan Simpan Deramakot tidak diduduki oleh penduduk kampung, walaubagaimanapun terdapat kampung-kampung kecil yang terletak di luar dan berdekatan hutan simpan tersebut.

Berdasarkan ciri-ciri tersebut Deramakot telah dipilih sebagai tapak yang sesuai untuk model SFM.  Sebagaimana yang ditetapkan oleh pelan pengurusan hutan yang terperinci, seluas 51,000 ha telah diketepikan untuk pengeluaran balak dan  4,000 ha untuk pemeliharaan.